Monday 16 December 2013

Unsur Warna

a) Warna Asas

Warna asas yang juga dikenali sebagai warna utama merupakan warna yang paling hebat kuasanya dan sering digunakan dalam ciptaan logo, lambing, poster dan sebagainya.

Warna asas yang terdiri daripada warna biru, kuning dan merah tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna-warna lain.



b) Warna Sekunder

Warna sekunder dihasilkan dengan cmpuran dua warna asas.



c) Warna Tertier
  • Warna tertier ialah campuran dua warna yang bersebelahan dalam roda warna, iaitu satu warna asas dengan satu warna sekunder.
  • Warna tertier ialah :
  • Warna tertier menimbulkan kesan yang lebih lembut dan dapat mengurangkan kehebatan kuasa warna asas dan warna sekunder jika digunakan bersama-sama.

d) Warna harmoni 

Warna harmoni juga dikenali sebagai warna sekeluarga merupakan set atau kumpulan warna yang terletak bersebelahan satu sama lain pada roda warna.


e) Warna penggenap
  • Warna penggenap merupakan warna-warna yang terletak bertentangan antara satu sama lain dalam roda warna.
  • Contoh pasangan warna penggenap ditunjukkan seperti dalam gambar di bawah.

f) Sewarna 
  • Sewarna yang juga dikenali sebagai warna monokrom merupakan suatu warna yang dihasilkan dalam pelbagai ton.
  • Nilai warna lebih rendah jika dicampurkan dengan lebih warna putih.
  • Nilai warna akan terus meningkat jika dicampur dengan warna hitam.


g) Warna Panas
  • Warna panas yang terdiri daripada warna-warna antara merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna it mempunyai kehebatan warna dan cahaya yang tinggi.
  • Warna panas juga sesuai untuk menunjukkan perasaan gembira, bersemangat, cemas, huru-hara dan lain-lain.


h) Warna sejuk 
  • Warna sejuk yang terdiri daripada warna-warna antara hijau hingga ungu pada roda warna itu mempunyai kehebatan warna dan cahaya yang rendah. 
  • Warna sejuk yang menimbulkan suasana kesegaran,kelembutan, kedamaian serta perasaan yang tenang, aman, dingin, jauh, sedih dan sunyi sesuai digunakan sebagai warna latar atau corak bagi langsir, kain cadar, kertas dinding, serta bahan dan objek bagi hiasan dalaman.




i) Tindakan warna positif



j) Tindakan warna negatif 





















0 comments:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment