Monday 16 December 2013

Unsur Bentuk

1. Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan.


2. Rangka bentuk ialah strukturnya. Struktur bentuk berbeza-beza mengikut sudut pandangan yang berlainan.



 3. Cara-cara menimbulkan fom pada rangka bentuk ialah melalui teknik
  • garisan
  • lorekan
  • jalinan
  • catan beraneka nilai ton.
4. Terdapat 2 jenis bentuk, iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi.
  • Bentuk konkrit ialah bentuk objek sebenar yang bersifat tiga dimensi, dapat dilihat, disentuh dan dirasa.

  • Bentuk ilusi merupakan bentuk visual bersifat dua dimensi yang digambarkan dalam lukisan, catan dan sebagainya melalui penggunaan unsur seperti jalinan, warna, ton, garisan dan ruang.

0 comments:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment