Tuesday 17 December 2013

ARE YOU DARE

Anda berani, adik-adik?

Uji minda adik-adik dengan permainan di bawah..

Wish you best of luck!!




Unsur Rupa & Unsur Bentuk

Jigsaw Puzzles

Word Search

Unsur Jalinan & Unsur Ruang

Unsur Warna


Monday 16 December 2013

Unsur Seni

















Courseware

You Tube



Sparkol (Unsur Seni)

Slide share



Tutorial

1. Manakah antara berikut berkaitan dengan maksud garisan?

A.  Mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan
B.  Cantuman satu siri titik-titik yang bersambungan atau yang mempunyai jarak-jarak yang tertentu
C.  Hasil pertemuan titik penghujung sesuatu garisan dengan titik permulaanya
D.  Satu unsur yang amat penting dalam mempengaruhi perasaan kita

2. Manakah antara berikut merupakan contoh bagi garisan yang halus menimbulkan perasaan sensitif, tajam,
serta laju?

A.

B.  

C.  

D.  

3. Antara berikut yang manakah merujuk pada ton warna dari gelap beransur cerah ke dalam kelihatan menonjol keluar?

A.  

B.  

C.  

D.  


4. Antara yang berikut manakah merupakan rupa positif?

A.  

B.  

C.  

D.  

5. Antara berikut yang manakah merupakan contoh warna sejuk?

A.  Merah  

B.  Hijau  

C.Biru  

D.  Unggu  

Untuk semakan jawapan : KLIK DI SINI

Unsur Bentuk

1. Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan.


2. Rangka bentuk ialah strukturnya. Struktur bentuk berbeza-beza mengikut sudut pandangan yang berlainan.



 3. Cara-cara menimbulkan fom pada rangka bentuk ialah melalui teknik
  • garisan
  • lorekan
  • jalinan
  • catan beraneka nilai ton.
4. Terdapat 2 jenis bentuk, iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi.
  • Bentuk konkrit ialah bentuk objek sebenar yang bersifat tiga dimensi, dapat dilihat, disentuh dan dirasa.

  • Bentuk ilusi merupakan bentuk visual bersifat dua dimensi yang digambarkan dalam lukisan, catan dan sebagainya melalui penggunaan unsur seperti jalinan, warna, ton, garisan dan ruang.

Unsur Garisan

1. Garisan yang kasar menimbulkan sifat-sifat kelelakian, kegagahan, dan kekuatan.


2. Garisan yang halus menimbulkan perasaan sensitif, tajam, serta laju.


3. Campuran garisan lurus, kasar dan halus,yang menegak, melintang, dan serong menimbulkan gambaran irama yang bertenaga, kuat, dan tepat.


4. Garisan melintang menggambarkan ketenangan, kedamaian, dan ketenteraman.


5. Campuran garisan lurus, kasar dan halus,yang menegak, melintang, dan serong menimbulkan gambaran irama yang bertenaga, kuat, dan tepat.


6. Garisan pepenjuru memberi gambaran arah dan pergerakan.






Unsur Ruang

1. Ruang nyata merupakan ruang yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit seperti arca, seni bina, dan segala ciptaan berbentuk tiga dimensi.

2. Ruang tampak merupakan ruang ilusi yang timbul dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan cetakan.

3. Ton warna dari cerah ke gelap menimbulkan gambaran menjunam ke dalam.



4. Ton warna dari gelap beransur cerah ke dalam kelihatan menonjol keluar.


5. Garisan grid perspektif digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi tiga dimensi pada permukaan dua dimensi.


 
Lukisan grid perspektif satu titik lenyap.


  
Lukisan grid perspektif dua titik lenyap.


  
Lukisan grid perspektif tiga titik lenyap. 












Unsur Rupa

1. Rupa geometri meliputi rupa bulat, segi empat sama, segi tiga dan rupa-rupa lain.


2. Rupa organik adalah rupa yang bebas, tanpa sudut, dan direka secara spontan.


3. Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu.


4. Rupa negatif ialah ruang di keliling rupa sesuatu objek.